Tuesday 25 September 2012

DOKUMEN KSSR TAHUN 3


CABARAN BELAJAR SAMBIL BEKERJA

Malaysia adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai kemudahan pendi­dikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penga­jian Tinggi memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti serta kemudahan sistem pendidikan di negara ini. Secara umumnya, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 469 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melibatkan kolej, kampus cawangan, kolej uni­versiti dan universiti. Sesetengah institusi pengajian tinggi (IPT) ini turut menawarkan program pengajian bagi mereka yangberkerjaya dan proses pengaji­an diadakan secara separuh masa. Peluang pengajian yang banyak tersedia secara jarak jauh atau luar kampus juga memberikan banyak kemudahan terutama kepada golon­gan ini. Malah ada IPT yangmenekankan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), yang dianggap berman­faat kepada individu kerana dapat meningkatkan taraf hidupnya melalui peningkatan kemahiran, pembaikan sahsiah diri dan penam­bahan ilmu. Pengajian secara jarak jauh atau luar kampus memerlukan komitmen tinggi kepada golongan berkerjaya.Ini kerana mereka perlu bijak mem­bahagikan masa untuk pelajaran dan kerjaya.Pendekatan ini memberikan pen­didikan yang lebih inovatif kepada pekerja yang mampu menjalankan kursus ijazah pertama dan pada masa sama bekerja sepenuh masa.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya saya dapat menerbitkan sebuah halaman blog sebagai perkongsian ilmu di alam maya. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk berinteraksi secara maya sehinggalah saya mula melanjutkan pelajaran peringkat SMP di Universiti Perguruan Sultan Idris. Sesungguhnya ilmu yang saya perolehi membuka minda saya serta menyedari kepentingan ilmu pengetahuan demi kemajuan diri, keluarga, anak-anak dan generasi Malaysia khususnya anak didik saya di SK Teluk Medan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran meskipun pada usia yang telah lanjut. Khususnya buat suami tercinta Fakhrul Anuar dan anak-anak yang sentiasa memahami kekangan seorang mahasiswa. Tidak lupa jutaan terima kasih buat semua pensyarah pembimbing saya di UPSI yang tidak jemu-jemu mencurah ilmu serta melayani karenah kami. Semoga kelahiran laman blog saya ini akan mengimarakkan lagi perkongsian ilmu dalam kalangan warga Malaysia khususnya murid-murid, guru-guru dan ibu-bapa di mana sahaja berada. Sekian, salam perkenalan.