Tuesday 25 September 2012

CABARAN BELAJAR SAMBIL BEKERJA

Malaysia adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai kemudahan pendi­dikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penga­jian Tinggi memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti serta kemudahan sistem pendidikan di negara ini. Secara umumnya, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 469 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melibatkan kolej, kampus cawangan, kolej uni­versiti dan universiti. Sesetengah institusi pengajian tinggi (IPT) ini turut menawarkan program pengajian bagi mereka yangberkerjaya dan proses pengaji­an diadakan secara separuh masa. Peluang pengajian yang banyak tersedia secara jarak jauh atau luar kampus juga memberikan banyak kemudahan terutama kepada golon­gan ini. Malah ada IPT yangmenekankan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), yang dianggap berman­faat kepada individu kerana dapat meningkatkan taraf hidupnya melalui peningkatan kemahiran, pembaikan sahsiah diri dan penam­bahan ilmu. Pengajian secara jarak jauh atau luar kampus memerlukan komitmen tinggi kepada golongan berkerjaya.Ini kerana mereka perlu bijak mem­bahagikan masa untuk pelajaran dan kerjaya.Pendekatan ini memberikan pen­didikan yang lebih inovatif kepada pekerja yang mampu menjalankan kursus ijazah pertama dan pada masa sama bekerja sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment