Sunday 11 November 2012

PENDEKATAN PENGAJARAN

  • Pendekatan 
    Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
  • Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
  • Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
  • Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
  • INDUKTIF
  • DEDUKTIF
  • EKLEKTIK
  • KOMUNIKATIF
  • INDUKTIF
  • Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
  • Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
  • Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
  • Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu.
  • Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
  • Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

DEDUKTIF
  • Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
  • Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
  • Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
  • Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
  • Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
  • Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran.
  • Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
  • Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
  • Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
  • Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
  • Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
  • Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
  • Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.
  • Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
  • Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
  • Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
  • Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.
KOMUNIKATIF
  • Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
  • Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
  • Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
  • Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
  • Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
  • Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
  • Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
  • Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
  • Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
  • Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

No comments:

Post a Comment